Nov 01, 2025 - FASSelangor FC akan bertemu Sabah FC hari ini bagi perlawanan kesembilan Liga Super 2025/26 di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada jam 7:30 malam.
Hari ini bakal menandakan pertembungan kali ke-78 di antara #SABSFC. Sepanjang pertemuan sebelum ini, Skuad Gergasi Merah telah memenangi 39 perlawanan dan 16 kali seri dengan jumlah 128 gol telah terhasil semasa menentang The Rhinos.
Bagi keberadaan pemain, Mukhairi Ajmal masih dalam fasa pemulihan daripada kecederaan Hamstring, manakala Noor Al Rawabdeh terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan Fat Pad Impingement dan begitu juga Sharul Nazeem kerana mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).
Biarpun pasukan hanya mempunyai dua hari untuk menjalankan persiapan bagi menghadapi perlawanan pada hari ini, para pemain Selangor FC tekad dan bersedia untuk berjuang bersama-sama dalam usaha mendapatkan kemenangan untuk para penyokong dan kelab.
Pihak pengurusan Selangor FC yakin pasukan akan berikan cabaran yang hebat menentang Sabah FC dalam perlawanan saingan Liga Super kesembilan sebentar lagi. Ayuh, Gergasi Merah!
Demi Kebanggaan!